Zon ini bertujuan mewujudkan satu program perkongsian berteraskan “Industry-Academia” yang jelas. Kewujudan IPT sediada dijadikan Hub kepada R&D.
Syarikat-syarikat tempatan dan multi nasional tidak terhad kepada yang berstatus MSC boleh menubuhkan bahagian R&D di sini. Aktiviti penyelidikan dalam persekitaran yang paling menyokong akan menghasilkan pulangan yang lebih baik bagi meningkatkan lagi kualiti kehidupan.





