Cyber Centre juga dikenali sebagai MSC@Melaka yang menjadi fokus utama dalam pembangunan ICT di Melaka. MSC@Melaka merangkumi kawasan seluas 187 ekar yang telah diberi status MSC. Ia mampu menarik syarikat ICT tempatan dan antarabangsa dengan kemudahan-kemudahan yang menarik seperti “Wireless Broadband” dan infrastruktur utiliti yang efisyen. Kewujudan Cyber Centre ini merupakan agenda utama pembangunan di Hang Tuah Jaya.





