Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali

Y.A.B Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam

Saya bagi pihak ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Hang Tuah Jaya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Utama Abdullah bin Hj Ahmad Badawi, merasmikan pelancaran Hang Tuah Jaya.

Bertemakan konsep Belajar, Bekerja, Mendiami dan Berekreasi, Hang Tuah Jaya mendukung aspirasi Negeri Melaka yang inginkan kemajuan dari segi taraf hidup dan ekonomi setempat. Dengan wujudnya Perbadanan Hang Tuah Jaya, Maka tugas-tugas perancangan dan pembangunan dikawasan ini akan diambil alih oleh Perbadanan.

Selaku Ketua Menteri Melaka dan merangkap Pengerusi Perbadanan Hang Tuah Jaya, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ahli-ahli Perbadanan yang telah menyumbang tenaga, fikiran dan kepakaran masing-masing dalam perancangan Hang Tuah Jaya.

Semoga Hang Tuah Jaya akan terus maju dan sejahtera.