Visi :-
“Menjadikan Hang Tuah Jaya sebagai bandar pentadbiran pintar bertaraf dunia yang ideal untuk BELAJAR, BEKERJA, MENDIAMI dan BEREKREASI”.
Ia akan disesuaikan dengan pusat ICT dan Multimedia secara bersepadu sebagai penggerak kehidupan di samping persekitaran yang harmoni, aman dan sejahtera.
a) BELAJAR
- Zon R&D dan Hub Pendidikan
b) BEKERJA
- Zon Pentadbiran
- Zon Enterprise
- Zon Perdagangan
- Cyber Centre
- Airport City
c) TEMPAT TINGGAL
- Zon I-Village dan Tele-Suburb
d) BEREKREASI
- Zon Pelancongan
Misi :-
- Membangunkan Hang Tuah Jaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka yang moden dan mengutamakan keselesaan pengguna
- Membangunkan Hang Tuah Jaya sebagai Pusat ICT dan Multimedia secara bersepadu sebagai penggerak kehidupan
- Merancang dan membangunkan zon kediaman yang selesa dan lengkap dengan infrastruktur sosial dan memenuhi segala prinsip pembangunan bandar mampan
- Merancang dan menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat dan kondusif serta menggalakkan penjanaan peluang pekerjaan yang luas dan berkualiti
- Merancang dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang holistik menerusi pembangunan hub pendidikan dan institusi-institusi pendidikan tinggi
- Merancang dan menyediakan kawasan rekreasi dan landskap berkualiti sesuai dengan imej Hang Tuah Jaya sebagai bandar bertaraf dunia





