Latar Belakang

Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) telah ditubuhkan bermula pada 1 Jun 2005 melalui kuatkuasa Enakmen PHTJ yang telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 11 Mei 2005.

Kawasan ini berpotensi menjadi satu kawasan kosmopolitan dalam menjana pembangunan melalui pelbagai fungsi iaitu pembangunan ekonomi, sosial, infrastruktur dan rekreasi serta penerapan konsep K-Ekonomi, I – Village, K – Komuniti dan Bandar Siber.

Kewujudan kawasan Hang Tuah Jaya ini penting untuk merangsang pembangunan fizikal Negeri Melaka bagi mewujudkan suasana dan persekitaran yang lebih sesuai untuk aktiviti pembangunan yang lengkap dan terancang.

Kawasan ini juga akan berfungsi sebagai pusat pentadbiran negeri yang lebih bersepadu, tersusun dan sistematik dalam meningkatkan pentadbiran yang cekap dan berkesan kepada masyarakat.