Pusat Sumber Belia Melaka (PSBM)

Sejarah PSBM

Sejarah Pusat Sumber Belia Melaka (PSBM) bermula apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka memutuskan untuk menubuhkan sebuah pusat maklumat mengenai warga belia pada bulan Julai 2007. Segala pengoperasian dan perjalanan Pusat Sumber Belia Melaka (PSBM) diletakkan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Pusat Sumber Belia Melaka (PSBM) mula beroperasi dan di buka kepada umum sepenuhnya adalah pada 1 November 2007. Pada 19 Januari 2008, pengurusan Pusat Sumber Belia Melaka (PSBM) diserahkan kepada Perbadanan Hang Tuah Jaya.

Laman Web: http://psbm.com.my/